Desas-desus sekumpulan tujuh hingga 10 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyertai Barisan Nasional (BN) dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Mereka didakwa kemungkinan bimbang tidak akan dipilih semula sebagai calon, sekali gus mencari saluran lain – menyertai parti lain.
pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menekankan parti mengambil langkah penilaian untuk memperbaiki prestasi, bukannya menghukum mereka.
Semalam, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan ‘hasrat’ untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Antara ahli Parlimen yang disebut-sebut akan meninggalkan PKR ialah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.
Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).
Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga 10 orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah – yang boleh membantu BN kembali memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.sumber