ARTIKEL SEBELUM

31/01/10

DUN PERAK DIBUBAR 7 FEBRUARI ?



DS Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar lantikan mahkamah akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dun, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes mengenai kedudukan Menteri Besar yang sah.

Sejauhmana kebenaran perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, kerana ia banyak bergantung pada hakikat ... apakah benar DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes berkenaan. Tetapi jika Zambry membubarkan DUN dua hari sebelum pengumuman itu, maka benarlah Nizar memenangi kes berkenaan.

Namun desas-desus pembubaran DUN kencang merebak di sekitar Ipoh.

Langkah Zambry membubarkan DUN itu boleh disifatkan mendahului waktu tetapi bijak kerana perkhabaran dari Puterajaya lebih deras mengatakan bahawa Nizar berjaya dalam rayuannya.

Nizar dikhabarkan memenangi kes berkenaan dengan kedudukan 4:1. Empat Hakim menyebelahi Nizar. Lantaran itu, seperti dijanjikan Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN.

Jika dibiarkan berlaku sedemikian, akan kerugianlah Zambry dan juak-juaknya.

Sembilan hari sahaja lagi keputusan kes rayuan Nizar itu akan diumumkan. Sehingga ini, secara logiknya, Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Cuma keputusan itu ditangguhkan kerana Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaannya untuk membolehkan Zambry menjadi Menteri Besar. Lantaran itu bolehlah disifatkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar dalam penangguhan, manakala Zambry menjadi Menteri Besar atas arahan mahkamah.

Langkah Zambry membubarkan DUN akan membolehkan beliau (UBN) menjadi caretaker government. Kedudukan itu penting dalam menguasai jentera kerajaan negeri Perak bagi pilihanraya.

Namun apakah yang akan berlaku setelah mahkamah memutuskan Nizar selaku MB yang sah, dua hari selepas DUN dibubarkan Zambry. Aduhai apakah akan diheret lagi kes berkenaan ke mahkamah... untuk memutuskan siapa yang berhak menjadi caretaker government pula... perak kite



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud