ARTIKEL SEBELUM

12/12/09

Zul Noordin: Tak salah Nga bangkit isu dana




Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang lazimnya lantang dalam isu-isu berkaitan Islam mempertahankan rakannya di Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dari DAP sambil menyifatkan sesetengah pihak termasuk media telah memutarbelitkan kenyataan wakil rakyat berkenaan.

Nga dan DAP tidak mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, kata beliau.

Tegas Zulkifli, Nga cuma meminta bantuan dan peruntukan bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

“Saya telah membaca laporan berkaitan kenyataan Nga (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid di Malaysia bagi tempoh 2000 hingga 2008.

“Saya dapati kenyataan beliau tidak seperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.Malahan Nga dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.

“Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Sehubungan itu kata Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat, “pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.”

Zulkifli menjelaskan Nga sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi tanggungjawab kepada kerajaan pusat untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam seperti sekolah agama dan masjid. .masiainsider


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud