ARTIKEL SEBELUM

3/12/09

Perhimpunan rakyat sokong Nik Aziz di Kota Baru esok



Di sebalik spekulasi bahawa wujudnya "boikot senyap-senyap" dalam PAS sendiri terhadap kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu majlis besar-besaran yang dikenali sebagai Perhimpunan Rakyat bagi menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan itu akan diadakan di Kota Baru esok.


Ia dianjurkan oleh barisan kepimpinan PAS negeri dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.

Perhimpunan bertujuan membalas tunjuk perasaan yang diadakan oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai gerakan Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan kelmarin.

"Satu perhimpunan besar, yang lebih 10 kali ganda daripada apa (tunjuk perasaan) yang dianjurkan oleh sekumpulan tidak sampai 100 orang (dari gerakan Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan) akan didakan esok," kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim .Difahamkan akan ada deklarasi menyatakan sokongan ke atas kepimpinan Nik Aziz pada majlis itu.
baca selanjutnya

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud