Zambri Kadiaq kata DAP tak ikhlas memohon maaf dalam tindakan mereka memijak gambar tiga ekor katak tempoh hari ...kerana katanya tak mainlah Nga Kor Ming, siapa dia Nga Kor Ming ujarnya...kalau boleh biar sifu DAP Lim kit Siang yang mengucakan permohonan maaf tersebut..kerana kata Zambri.... Lim kit Siang tak akan meminta maaf punya.sini
sebenar isu ini kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan kemarahan yang membuak buak dari rakyat angkara perbuatan tiga ekor katak spesis botong ini yang telah mengkhianati rakyat dan pengundi ...memang patut di pijak gambar 3 katak ini...
Ini dikira lembut dan ringan cara nak menyampaikan kemarahan kepada tiga katak ini ,kalau kena baling dengan kasut ..apa cerita pulak ..gamoknya mesti gempar satu Malaya dan seantero dunia...tv mesti mengulang tayang berita sensasi ini sekerap yang boleh dan akhbar harian mesti nak termuntah kita baca, dan ayat dari pengampu kerajaan berkata " memang bergini lah sikap pembangkang suka memecah belahkan kerhamonia negara ".
Jadi kepada zambri orang dah mohon maaf kira ok ler tu...nak macam mana lagi. takan nak suruh Lim Kit Siang melutut kut....mike sepatutnya mohon maaf banyak2 kepada rakyat kerana telah merampas kerajaan rakyat secara tak sah.