ARTIKEL SEBELUM

8/11/09

Isu kerajaan perpaduan ditutup rapat



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan isu kerajaan perpaduan tidak akan dibangkitkan lagi oleh pemimpin dan ahli parti itu.

"Tak mungkin dibangkitkan lagi (isu kerajaan perpaduan), ia dah tutup... ini pendirian PAS, pendirian Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini semalam.

Abdul Hadi menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak timbul lagi dalam PAS.

Ditanya pandangannya sekiranya Umno masih berminat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS, beliau berkata parti itu akan bersama parti yang sudah lemah.

"Kita dah tutup, kita tak perlu bersama dengan bahtera yang sudah lemah.

"Kalau mereka masih berminat itu hanya nak tutup masalah dalaman sendiri," kata beliau.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud