ARTIKEL SEBELUM

23/10/09

Tian Chua masih kekal sebagai anggota Parlimen Batu - SPR




KUALA LUMPUR 23 Okt. — Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua masih kekal sebagai anggota Parlimen Batu selagi proses rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret semalam, belum selesai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Tian Chua atau Chua Tian Chang yang dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis dua tahun lepas.

"Saya difahamkan daripada media bahawa beliau akan memfailkan rayuan.

Setakat yang kami tahu, proses (rayuan) itu belum muktamad. Jadi beliau masih kekal sebagai anggota Parlimen,” katanya. - Bernama



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud