Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, jika wakil rakyat DAP itu berdegil dan masih memakai jubah Speaker, maka beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.''Anda semua tahu apa yang akan berlaku jika ADUN Tronoh itu memakai jubah Speaker. Beliau mesti terima kenyataan bahawa dirinya bukan lagi Speaker DUN, beliau hanya ADUN biasa.
''Semua wakil rakyat mesti tahu apakah kod pakaian sidang Dewan. Sesiapa saja mengenakan pakaian yang tidak kena dengan peraturan sudah tentu tidak boleh masuk Dewan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.Sejak peralihan kuasa kerajaan negeri daripada pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN), Sivakumar didapati telah tiga kali memakai baju Speaker secara haram.Kali pertama beliau berbuat demikian ialah pada persidangan bawah pokok (3 Mac 2009), persidangan pada 7 Mei dan yang terbaru persidangan di sebuah hotel.Selain memakai jubah berkenaan secara haram, Sivakumar turut menggunakan kepala surat rasmi dan alamat Pejabat Speaker Perak bagi mengeluarkan notis sesuka hati.Ganesan berkata, bagi memastikan tindakan undang-undang boleh diambil, pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya Sivakumar memulangkan pakaian Speaker dan berhenti menyamar sebagai Speaker.
Jelas beliau, pakaian itu bukan milik individu sebaliknya milik institusi DUN serta kerajaan negeri dan ia mesti dipulangkan sebaik sahaja sesuatu jawatan dilucutkan secara sah.Beliau berkata, jika Sivakumar masih enggan memulangkan pakaian jubah itu, wakil rakyat tersebut akan dianggap sebagai pencuri.''Sebagai Speaker saya juga akan memastikan perjalanan sidang Dewan nanti berjalan lancar dan semua pihak perlu mematuhi dan menghormati institusi Dewan.
''Jangan lupa, institusi Dewan juga mempunyai bentara yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman Dewan. Jadi fikirlah sendiri sebelum membuat sebarang kekecohan," ujar beliau.Mengenai kenyataan media Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham semalam yang menegaskan pembangkang tidak mengiktiraf beliau sebagai Speaker, Ganesan berkata, pembangkang memang sengaja mahu mengelirukan rakyat.''Saya dilantik secara sah mengikut Peraturan-Peraturan Tetap DUN dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada 7 Mei. Sivakumar pula sudah dilucutkan sebagai Speaker.
''Pembangkang sekarang cuma ada 28 kerusi. Majoriti sekarang berada pada pihak BN iaitu 31 kerusi termasuk tiga ADUN Bebas. Pembangkang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Apa yang penting kita ikut peraturan," jelasnya.utusanonline
CUBA TENGOK MUKA DEPAN CERMIN DULU...WAHAI R.GANESON KAMU TETAP SPEAKER..*** AM ?
- Beliau yang sepatut diharamkan memakai jubah speaker dan memasuki dewan ....kerana siapa beliau ini ?adakah beliau wakil rakyat..dun mana yang beliau wakili atau menang..?
- Ganeson ini sepatutnya didakwa kerana menyamar sebagai seorang speaker dan memakai jubah secara haram ..sebab perlantikan beliau banyak menimbulkan persolan dan keraguan yang melampau..
- Adakah cara pelantikan beliau 7 may lalu sah disisi perlembagaaan atau peraturan tetap DUN ..?
- Adakah ini caranya sesebuah Dewan Undangan Negeri melantik seseorang speaker dengan mengheret Speaker yang sah (v.Sivakumar )dan mengangkat Ganeson menjadi speaker dikata mengikut perlembagaan Dewan..?
- Ganeson mengatakan V.Sivakumar pencuri jubah......tetapi Ganeson juga kita boleh dikategorikan beliau macam lanun atau pencuri jubah juga atau speaker BN syok sendiri kerana tiada satu pun alasan yang boleh mengiktiraf beliau menjadi speaker kalau kita benar benar mengikut peraturan Dewan dan undang2 tubuh kerajaan negeri Perak.
- Tugas Bentara untuk menjaga ketenteraman Dewan.. Kata speaker haram ? tapi apa yang berlaku pada sidang Dun yang terlampau tempoh hari begitu tragis sekali..tugas Bentara tak ikut peraturan dewan dan ingkar arahan tuan Speaker sebalik bentara yang diketuai oleh Abdulah Antong (bentara ) hanya mengikut telujuk Bn dan lebih mengaibkan lagi satu grombolan Bentara haram masuk dan mengheret Speaker Sah dan melantik speaker haram..disini sudah ada dua kejadian yang pelik pertama cara lantikan speaker haram dan yang kedua kewujudan bentara haram pula..aduhai apala nasib negeriku Perak yan ku cintai..
- ...Speaker haram berkata....cara lantikan beliau sah disisi perlembagaan dewan....oi ..speaker haram cuba mike(kamu) bukak dan baca peraturan dewan jangan nak memperbodohkan rakyat walau keme (kami) tak baca@takde pun buku ini tapi kami chegrodik (pandai) dan tahu apa yang ada atau tak payah kami baca Peratuan dewan.. tengok cara gerombolan haram yang masuk dan menghina dewan serta cara bentara haram mengheret @ menculik tuan speaker pun kami sudah jelas.....kami bukan macam orang umno wala' tak bertempat
- Walaupun BN mempunyai majoriti dalam dewan bukan ini caranya kamu nak menjatuhkan seseorang speaker..belajar lah dan amalkanlah undangan2 serta tunjukan tauladan pada rakyat gunakan saluran yang betul sudah tentu takan jadi kecoh semacam ini. Apa nak dirisaukan kerana Bn telah mempunyai majoriti tetapi kamu Bn gopoh dalam segalanya dari rampas dan pecat serta melantik Menteri Besar serta melantik speaker semuanya tak mengikut batas undang undang dan perlembagaan Perak dan hasilnya inilah dia yang terjadi dan akhirnya telah menjadi satu sejarah untuk tatapan ganerasi akan datang .siapa yang malu..jawapannya ialah sikap tamak dan terburu buru Barisan Nasional dalam mengejar impian untuk merampas negeri dan dewan secara tak bertemadun.