Speaker haram Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah. Beliau berkata tindakan Adun Tronoh V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker. Waka ka ka ka ...buat lawak pulak, bila masa pulak yang si Ganeson ni angkat sumpah jadi speaker....
Semalam, Ganesan telah membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.Beliau berkata Adun Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.