ARTIKEL SEBELUM

31/08/09

Sidang DUN Perak kami tetap hadir......


Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) menyatakan kehadiran mereka pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 September ini atas arahan V Sivakumar.
Datuk Ngeh Koo Ham berkata, arahan yang dikeluarkan oleh Datuk R Ganesan supaya semua ADUN Perak jangan hadir pada sidang DUN 2 September ini adalah tidak masuk akal sama sekali.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, Ganesan bukan Speaker yang sah sebaliknya pelantikan beliau adalah bercanggah dengan peraturan dewan dan undang-undang tubuh negeri Perak.“Ganesan boleh dianggap sebagai ‘penyamun’ kerana telah merampas kedudukan Sivakumar serta dalam masa yang sama telah menjatuhkan kemuliaan demokrasi negara.
“Persoalan utama timbul berkenaan tindakan Ganesan ialah statusnya sebagai Speaker yang kami pertikaikan.

“Sebab itulah, kami di PR tidak pernah mengiktiraf pelantikan Ganesan sebagai Speaker, sebaliknya Sivakumar masih Speaker yang sah dan berharap Setiausaha Kerajaan Negeri tidak campur tangan bidang perundangan dan berharap beliau menghormati sistem demokrasi negara,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud