ARTIKEL SEBELUM

31/08/09

KERANA JAHIL : TAKBIR DISEBUT TAKE BEER..


Saya rasa sedih bercampur geram dan marah serta terpanggil untuk menulis apabila melihat sikap sebahagian umat Islam yang amat jelas mempersenda ajaran Islam melalui lisan dan perbuatan mereka. Baru-baru ini kita dapat lihat dan membaca kelibat dan gelagat manusia yang entah punya akal ataupun tidak…. Tanpa berfikir panjang mempamerkan kain rentang bertulis “TAKE BEER”…. mungkin untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada golongan tertentu. Kalau orang asing datang dan lalu di kawasan tersebut… mungkin dia hairan kenapa pulak puak-puak ni suruh ambil arak… ade arak free ke?. Tapi bagi mereka yang beragama…. Apa pun kenyataannya… apa pun sifatnya.. apa pun dalihnya……..jelas ia sebagai satu penghinaan besar kepada umat Islam kerana lafaz TAKBIR itu adalah hak mutlak dan milik orang ISLAM…. tak kira apa bangsa dan parti politik.

Saya menulis artikel ringkas ini sebagai bantahan atas apa yang telah dilakukan. Seharusnya…. kalau marah sekalipun… janganlah mempermain-mainkan lafaz tersebut. Kenapa tidak gunakan anugerah akal yang diberikan oleh Allah SWT. Banyak lagi perkataan lain yang boleh keluar dari akal tu untuk di cetak di kain rentang. Jangan sampai mata hati jadi buta…. hanya tahu nak mempermain dan mempersenda agama sendiri. Kalau jahil belajarlah dengan ulama… betulkan bacaan al-Fatihah dan surah-surah lain sebelum tunjuk ‘hero’. Rasulullah SAW melarang keras umatnya menghina penganut agama lain… apatah lagi menghina perasaan umat Islam sendiri. Saya ingin merujuk kepada satu Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Al-An'am : ayat 108)

Firman Allah lagi :

(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
(Al-Hijr : ayat 12)

Dan satu lagi Firman Allah yang bermaksud :

(Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya)
(Ar-Rum : ayat 10)

Fikirkanlah….. yang sedihnya perbuatan ini dilakukan oleh umat Islam sendiri. Sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang cepat mengaum dengan ganasnya apabila ada orang bukan Islam membaca dan menterjemah al-Quran... sedangkan apa yang diterjemah itu tidak lari dengan kehendak ayat… bagaimana pula sikap orang-orang Islam seperti ini yang dengan terang mempersenda lafaz TAKBIR??? link


ولله اعلم




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud