ARTIKEL SEBELUM

30/08/09

Selasa penentu Dun Kota seputeh dan Fungsi SPR?



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihanraya..

* JANGAN JADI MACAM KES DI PERAK SUDAHLAH *

FUNGSI SPR


  1. Mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN bila diistiharkan kosong .
  2. Mengelola pilihan raya,
  3. Pelaksanaan pendaftaran pemilih dan persempadanan semula kawasan .

Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.

Di bawah Perkara 114, Suruhanjaya memiliki kuasa "mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan juga mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan".

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud