ARTIKEL SEBELUM

31/08/09

Ibrahim Ali kutuk V. Sivakumar


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata,
Tindakan tegas menggunakan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 (ESCAR) adalah selayaknya bagi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar. Perbuatan Sivakumar dengan mengeluarkan arahan untuk mengadakan sidang DUN Perak Rabu ini tanpa perkenan jelas merupakan penderhakaan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Tegas beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak termasuk Speaker barunya, Datuk R. Ganesan adalah sah secara demokrasi setelah diputuskan oleh baginda dan mahkamah."
Ini bermakna perbuatan Sivakumar itu selain mencabar dan menderhaka kepada Sultan Azlan Shah kerana tidak terlebih dahulu mendapat perkenan baginda, beliau juga telah mencabar keputusan mahkamah itu.

"Selayaknya Sivakumar dikenakan tindakan mengikut ESCAR atau mana-mana peruntukan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu jelas akan menghuru-harakan negeri serta tidak menghormati keluhuran Perlembagaan," Sehubungan itu, Ganesan telah membuat laporan polis meminta pihak berkenaan menyiasat segera dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Sivakumar.Peruntukan di bawah Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah merupakan kuasa mutlak Sultan Perak.Link

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud