ARTIKEL SEBELUM

2/08/09

Misteri Adun GANU ditahanSPRM?


KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama


SIAPAKAH ORANGNYA?MUNGKIN ADUN DARI PAS ATAU UMNO...MASIH MENJADI MISTERI....WALAU BAGAIMANA PUN IA MASIH DALAM SIASATAN PIHAK SPRM..KITA HARAP JANGAN JADI MACAM KES ADUN BEHRANG & CHANGKAT JERING SUDAH LAH ....SIASAT PUNYA SIASAT ....AKHIRNYA SEMUA ORANG SUDAH TAHU APA KESUDAHAN JADINYA NEGERI PERAK.....WALAU BAGAIMANA PUN KITA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA SPRM KERANA BERJAYA MENAHAN PERSALAH RASUAH...SYABAS SPRM. (KLIK)

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud