ARTIKEL SEBELUM

4/08/09

Kes rasuah: ADUN direman lima hari


KEMAMAN 3 Ogos - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu bersama dua lagi yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, masing-masing direman selama lima hari berkuat kuasa hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rofiah Mohamad akan berakhir pada 7 Ogos ini.

Difahamkan, mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Akhbar hari ini melaporkan, seorang ADUN Terengganu ialah antara dua yang ditahan SPRM pada pukul 9.20 pagi semalam setelah dikatakan menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Ahli politik itu ditahan bersama seorang lagi rakannya di sebuah hotel di sini.

Difahamkan, mereka ditahan selepas SPRM percaya ADUN tersebut menyalahgunakan kedudukannya untuk meminta suapan daripada pemaju-pemaju.

Sementara seorang lagi turut ditahan bersama-sama beliau setelah dikatakan bersekongkol dalam 'aktiviti' itu.

Siasatan awal mendapati, ahli politik terbabit dikatakan meminta 10 hingga 13 peratus nilai kontrak yang diperoleh bagi setiap sebuah syarikat.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud