ARTIKEL SEBELUM

27/07/09

PELITA Vs LILIN.....JAWAB MUFTI PERAK?


Kerana lilin pula tak pasal pasal dia bersengketa dengan Nik Aziz. Dr. Zambery MB Mahkamah telah mencabar Tuan Guru Nik Aziz supaya keluarkan fatwa terhadap perbuatan Nizar yang turut memegang lilin di dalam upacara mengingati si mati Teoh Beng Hock beberapa hari yang lalu.

Apabila beliau membuat cabaran itu, tentunya di dalam benak fikirannya berkata bahawa Nizar telah melakukan sesuatu yang haram di sisi Islam, cuma Zambry tidak mahu berkata begitu kerana beliau lebih berminat untuk menunggu fatwa Nik Aziz yang mengharamkan tindakan Nizar memegang lilin


T.G Nik Aziz berkata bahawa dirinya bukanlah seorang mufti yang boleh mengeluarkan fatwa sewenang-wenangnya, tetapi beliau telah memberikan pandangannya bahawa upacara memasang lilin itu bukanlah satu upacara keagamaan sebaliknya ia adalah upacara tradisi (adat) sebagaimana kelaziman upacara menyala dan meniup lilin ketika menyambut hari jadi, sambil menyanyi lagu selamat hari jadi yang selalu orang ramai lakukan .
Tetapi bagi mufti Perak Harussani menyatakan perbuatan Nizar tu adalah haram.
Dahulu pun mufti ini pernah mengeluarkan fatwa bahawa 'sure heboh' itu haram di sisi Islam, tetapi akhirnya karnival TV3 itu menjadi halal sebaik zamri berkuasa diperak apabila kanival itu diadakan di Lumut, baru-baru ini.







NAJIB NYALAKAN PELITA DEEPAVALI UNTUK TUJUAN APA?

gambar diatas pula menjadi bahan rujukan para pendokong atau penyokong pakatan rakyat untuk membalas isu lilin tadi. Disini kita mintak fatwa dari Dato Sri Mufti Perak tentang isu bakar pelita ini dan jangan sembunyikan ilmu anda demi nak jaga periuk nasi atau nak membodek Zambri.
Jadi kita lihat episod lilin yang diwarwarkan oleh Zambery tidak mengena sasaran, sebaliknya dilihat telah terkena batang hidungnya yang selalu kembang bila berbicara tu.Tak payahlah kita menunggu jawapan dari tuan mufti tentang soalan bakar pelita, tentu tak ada jawapanya. Cukuplah kita melihat inilah dia permikiran yang ada pada otak MB Perak kesebelas ini. kerana sebatang lilin Zambery sanggup menyerang musuh politiknya tanpa menyelidik baik buruk kesannya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud