ARTIKEL SEBELUM

27/07/09

Ayuh kite pakai baju" HITAM MERAH"




1 ogos mungkin satu tarikh yang tidak ada kepentingan rasmi dalam kelendar Malaysia , tetapi tanggal 1 ogos 2009 yang akan menjelang tiba tak berapa lama lagi mungkin akan menjadi satu sejarah baru negara kerana pada tarikh itu akan diadakan satu perhimpunan MANSUH ISA dan pada tarikh itu juga genap 49 tahun negara kita telah mengguna pakai akta ini.Dimana semua sedia maklum tentang akta ISA (Internal Security Act ) yang telah di guna pakai sejak zaman penjajah dan terus diwarisi sehingga sekarang oleh pemerentah iaitu BN.Asal akta ini diwujudkan pada masa lampau hanyalah untuk mengekang anasir anasir Komunis . Era Komunis dah berlalu tetapi akta ini masih diguna pakai atas alasan untuk keselamatan negara.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.Kita bukan menentang sesuatu akta untuk menjamin keselamatan negara seperti ISA ini, cuma kita mahu memastikan sesuatu akta ini perlulah memberi sepenuh keadilan dan tidak menzalimi mangsa seperti menahan seseorang tanpa bicara malah melakukan penderaan keatas mangsa.Malah lebih mendukacitakan akta ini lebih cenderung digunakan untuk menyekat musuh politik pemerentah, contoh dalam operasi lalang tahun 1987 ramai orang politik ditahan dalam operasi ini.Dan pada 1 ogos nanti mungkin tercatat satu sejarah baru malaysia kerana berlaku pertembungan dua kumpulan didalam satu perhimpunan yang akan menuju ke Istana negara diantara kumpulan sokong ISA dengan kumpulan anti ISA .

Oleh itu ayuh penyokong ANTI ISA dan rakyat Malaysia yang perihatin agar memakai baju hitam -merah beramai ramai turun untuk berdemonstrasi secara aman dan berarak ke Istana Negara pada 1 ogos nanti tanda membantah akta zalim ISA bermula pada 2 petang.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud