ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label papa gomo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label papa gomo. Papar semua catatan

9/02/16

Warga asing diserang Papagomo sedang dikesan




Polis sedang mengesan individu yang diserang oleh penulis blog Papagomo bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu baru-baru ini.

Serangan itu terakam dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral di media sosial.

Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengulas tindakan menyerang individu berkenaan, dipercayai warga Pakistan.

Khalid berkata, "Tiada sesiapa pun boleh mendahului undang-undang. Bukan sahaja warga asing, binatang pun tidak boleh dipukul.

"Kalau betul lelaki dalam video itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya, Papagomo perlu membuat aduan. Negara kita ada undang-undang," kata Khalid di ibunegara semalam.

Baru-baru ini, satu rakaman video diviralkan di media sosial menunjukkan Papagomo menampar, menumbuk dan menendang seorang lelaki kerana dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya.

Terdahulu, Khalid menyempurnakan majlis penutup Kursus "Training of Trainers, Bahaya Militan Islamic State" yang disertai 50 peserta termasuk pensyarah universiti, ahli akademik dan pegawai kerajaan.

- Bernama

9/04/14

Papagomo Bohong !! YB Surendran membuat laporan polis



YB Surendran membuat laporan polis berkenaan kenyataan bohong Papagomo di mahkamah dengan fakta Parlimen oleh Kementerian Pertahanan.

Keterangan palsu itu dilakukan Wan Muhammad Azri ketika beliau menjawan soalan peguam, Latheefa Koya dengan mendakwa kononnya beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene bagi mengelakkan indentiti beliau sebagai Papa Gomo terbongkar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran berkata laporan polis itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan beliau sendiri di balai polis Dataran Prima di sini.

“Wan Muhammad Azri menipu dalam keterangan kepada mahkamah pada 27 Januari 2014 dalam kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger Papa Gomo di mana beliau menyatakan dalam satu soalan bahawa beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene.

“Selepas itu soalan Rafizi kepada Menteri Pertahanan, sah menyatakan memang Wan Muhammad Azri ada menaiki kapal selam Scorpene.

“Maknanya memang dia menipu di mahkamah bagi mengelak indentiti beliau terbongkar yang sebenarnya dia adalah Papa Gomo,” kata Surendran ketika ditemui Selangor Kini di perkarangan Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, merupakah pengendali blog pro Umno yang tegar dan gemar menyerang peribadi musuh Umno dengan dakwaan fitnah berunsur seks.

Gara-gara fitnah beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar kerana menyiarkan tulisan dan gambar fitnah pada Mac tahun lalu tahun lalu. -selangorku

17/01/12

Penulis blog pro-Umno hadapi saman fitnah RM10j

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

NONE
Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

"Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.

Bukan kali pertama

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

NONE
"Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar.- mkini

12/12/11

Bukti Umno dalang video seks fitnah

Membenarkan blogger upahan Umno, PapaGomo menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak membuktikan Umno terlibat dalam ‘Video Fitnah Seks’, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Ini kerana katanya, blogger itu tidak mungkin dapat menaiki kapal selam itu tanpa memiliki hubungan akrab dengan pimpinan Umno.

“Mana mungkin blogger upahan itu dibenarkan naik jika tidak memiliki hubungan akrab dengan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi?

“Isu keselamatan negara tidak boleh dikompromi kerana tindakan Umno membenarkan blogger upahan menaiki kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia membuktikan tidak sensitifnya Umno terhadap keselamatan negara,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, blogger upahan itu menulis diblognya beserta gambar beliau memasuki kapal selam itu.

Peliknya, pada masa sama, media lain dihalang membuat liputan mengenai Kapal Selam itu yang turut terkait dengan rasuah melibatkan Najib.

Awal tahun ini, blogger upahan itu mendapat rakaman eksklusif ‘Video fitnah Seks’ milik Kumpulan Datuk T, yang merupakan antara taktik jahat Umno menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Betapa hinanya Umno, BN dan pentadbiran Najib yang memiliki hubungan akrab dengan blogger yang memaparkan bahan lucah dan kata-kata keji di blognya.

“Ini menunjukkan betapa Umno bergantung kepada tentera upahan jahat seperti Papagomo untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Surendran juga mengajak pentadbiran Najib agar berdebat secara adil dan bebas dalam apa jua isu berbanding menabur fitnah.

Najib sehingga kini enggan berdebat dengan Anwar melibatkan ekonomi negara dan kandungan Buku Jingga walaupun Najib yang pada awalnya mencabar Anwar mengenainya. K.daily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud