ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label isu pasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu pasir. Papar semua catatan

19/07/10

Yang tinggal adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno

Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.




"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.

17/07/10

Selangor Sedia Dedahkan Penyangak Sebenar Isu Curi Pasir

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie berkata demonstrasi anjuran Umno dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam berhubung isu pasir adalah agenda politik murahan Umno-BN kerana sangat tercabar dengan kewibawaan Pakatan Rakyat Selangor mengurus gejala kecurian pasir secara berhemah dan professional.

Malah Shuhaimi mendakwa, kerajaan negeri mempunyai cukup bukti siapa sebenarnya 'penyangak' dalam isu curi pasir dan pihaknya bersedia mendedahkan perkara sebenar berhubung isu ini.  

"Apa yang mereka lakukan pada hari ini (semalam) adalah untuk mengalih pandangan rakyat kepada isu yang sebenar dan sebab itu saya menjangkakan dalam kepala kepimpinan BN di peringkat pusat, mereka mempunyai perancangan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat, maka itu mereka mungkin melalui nasihat daripada Apco dan sebagainya mula menyerang Selangor secara sistematik. 

"Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang mahukan Selangor dan ada arahan yang dikeluarkan kepada agensi-agensi di bawah persekutuan yang mahu mengambil alih Selangor secara kasar ataupun lembut," katanya kepada Suara Keadilan selepas menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor yang berakhir semalam. 

Beliau mendesak pemimpin Umno-BN menghentikan politik kotor mereka kerana Pakatan Rakyat Selangor sentiasa bersedia membongkar perkara sebenar behubung isu pasir ini. 
"Saya tidak berhajat untuk membuka fail-fail yang melibatkan saudara-mara kepada kepimpinan bekas Menteri Besar dari Sungai Panjang dulu. 

"Tetapi kita ada maklumat tentang itu, jadi sebarang tindakan yang hendak dilakukan itu sebenarnya seperti ibarat meludah ke langit sebab jika kita bongkarkan kesemuanya, yang mendapat malu adalah orang dari Sungai Panjang (Khir Toyo). 

14/06/10

Khir Toyo dibidas



Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dibidas kerana membuat tafsiran ganjaran RM5,000 sebagai langkah kerajaan negeri mengambil sikap “lepas tangan” dalam membanteras curi pasir serta tiada kepercayaan kepada pejabat daerah.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kritikan-kritikan ketua pembangkang itu tidak memahami proses pentadbiran perlombongan pasir — baik yang dahulu atau yang baharu diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas Mac 2008.

“Mungkin sebab itu beliau telah memberi maklumat yang salah dengan mendakwa bahawa pada 2007 beliau telah berjaya mengutip RM20.5 juta dari royalti pasir sedangkan laporan rasmi oleh Pejabat Tanah san Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip pada tahun itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Katanya, ganjaran RM5,000 yang diberikan kepada pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya membantu kerajaan negeri membanteras jenayah curi pasir adalah untuk melengkapi usaha penguatkuasaan pejabat daerah.

“Persoalan ketidakpercayaan kepada Pejabat Daerah yang mempunyai peranan utama dalam membanteras rasuah tidak perlu timbul kerana ganjaran ini adalah untuk menggalakkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua Kampung membantu Pejabat Daerah dalam menangani kecurian pasir di tempat mereka,” katanya.

Nik Nazmi juga memberitahu sepertimana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tawaran ganjaran ini dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin masyarakat mengambil bahagian dalam menaikkan kutipan hasil perlombongan pasir.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa Kumpulan Semesta Sdn Bhd iaitu syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar tiada kuasa mengeluarkan.

“Sebaliknya, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada Kumpulan Semesta yang kemudiannya membuat tender terbuka bagi memilih kontraktor yang akan melakukan kerja melombong mengikut lesen-lesen yang dikeluarkan.

“Kumpulan Semesta juga memantau untuk memastikan syarikat membuat pengisytiharan yang betul dan membayar royalti kepada kerajaan negeri,” katanya.

Nik Nazmi menambah, apa yang jelas kutipan royalti jauh lebih tinggi daripada kutipan melalui cara lama.

“Sebenarnya kerajaan terdahululah yang telah ‘lepas tangan’ dalam pengurusan dan pentadbiran perlombongan pasir sehinggakan banyak syarikat atau kontraktor yang tidak membuat pengisytiharan yang benar sehingga mengakibatkan negeri ini kehilangan royalti bernilai ratusan ribu ringgit,” katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan terdahulu juga tidak pernah membuat apa-apa usaha dalam untuk membanteras jenayah curi pasir sehinggalah keadaan menjadi teruk pada masa kini.

“Dr Khir Toyo tidak pernah memanafaatkan potensi industri pasir di Selangor.

“Adalah tidak masuk akal apabila beliau tiba-tiba memperjuangkan isu ini sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah melakukan apa-apa untuk meningkatkan sistem ketika beliau mentadbir Selangor,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri komited untuk membanteras jenayah curi pasir dan berharap rakyat terus memberi sokongan kerana royalti pasir dipulangkan semula kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor.- malaysia insider

23/01/10

Kerajaan Selangor Tidak Bersekongkol Dalam Isu Penyeludupan Pasir


Kerajaan negeri tidak akan dan tidak mahu bersekongkol dengan kes penyeludupan pasir di Selangor.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari berkata dalam bulan ini sahaja, lapan peratus penyeludupan pasir berjaya dibanteras.

“Kita sudah buat operasi statistik di Selangor ini seperti di Sepang, Kuala Langat dan Hulu Selangor dan nampaknya hasil daripada itu dapat mengurangkan lapan peratus kecurian pasir di Selangor dengan menghalang lori-lori untuk masuk ke kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri lebih ke hadapan berbanding negeri-negeri lain apabila mengambil pendekatan tegas dalam membanteras permasalahan penyeludupan pasir sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Yaakob berkata kerajaan negeri juga memberi notis 7A kepada meraka yang mempunyai tanah persendirian dan mahu menjalankan operasi penjualan pasir.

“Kepada tanah persendirian yang hendak memohon keluarkan pasir, kita memberi kelulusan kepada mereka dengan menghantarkan borang kepada SEMESTA dan sekiranya mempunyai masalah, saya akan bantu supaya operasi ini dapat dijalankan dengan lebih teratur,” katanya.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud