ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label Bantah GST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantah GST. Papar semua catatan

8/05/14

Ulama muda Umno enggan mohon maaf gelar wanita anti GST ‘pelacur’

 Setiausaha Sekretariat Ilmu, Mohd Radzi pertahan kenyataannya terhadap muslimah bertudung labuh yang menyertai himpunan anti GST 1 Mei kerana ia hanya perumpamaan. Gambar fail The Malaysian Insider.

Meskipun dikritik hebat dan laporan polis dibuat terhadapnya, Setiausaha Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh menyertai perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.

Radzi berkata, beliau menulis kenyataan itu dengan "kewarasannya” dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan yang tidak seharusnya dilihat sebagai satu kesalahan.

"Saya tidak akan minta maaf kerana kenyataan saya tidak salah. Mereka yang tidak faham jadi merekalah yang bodoh bahasa Melayu, bodoh akal budi Melayu."Itu adalah perumpaan, saya tidak kata secara hakikat, ia hanyalah analogi,” katanya. 

Sehari selepas perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu, Radzi dalam akaun Facebook Abu Amru Radzi Othman menulis: "Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.

"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap.”

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan kenyataan setiausaha Ilmu itu dan mengatakannya sebagai tindakan biadap.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya .

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Radzi di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Mereka menuntut Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.

Bagaimanapun, Radzi berkata, kenyataannya itu diinspirasikan daripada novel Shit tulisan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.

"Saya terinspirasi dengan kitab suci PAS, buku Shit tulisan Shahnon Ahmad yang dipertahankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan yang dibanggakan pengikut PAS.

"Novel itu menceritakan pasal tahi, saya baca sejak sekolah menengah, kalau hendak saya minta maaf suruh Shahnon Ahmad minta maaf dulu ataupun Nik Aziz yang dulu pernah kata Tuhan itu samseng, suruhlah dia minta maaf," katanya.

Radzi berkata, tindakannya itu hanyalah mencipta analogi malah dalam Islam, ia turut digunakan oleh Allah, Nabi Muhammad dan para sahabat.

"Peribahasa dan perumpamaan adalah salah satu perbendaharaan Melayu yang wujud sejak dahulu.

"Saya memberi contoh ‘saudara anjing’ dan simpulan bahasa ‘terlepas anjing kurap terpeluk babi gemuk’ yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana itu biadap atau kurang ajar dalam sebuah metafora bergantung kepada kefahaman kita," katanya.

Radzi juga turut mengulas mengenai dalil digunakannya mengatakan muslimah bertudung labuh yang sepatutnya menjaga aurat dan akhlak, bukan terkinja-kinja di perhimpunan tersebut.

"Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad pernah mengatakan perempuan yang memakai minyak wangi bagi tujuan untuk dibau orang ramai itu seperti penzinaan, pelacuran,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif Ilmu, Fathul Bari Mat Jahya dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider berharap semua pihak memahami kenyataan Radzi itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

"Isu membabitkan pandangan peribadi, jadi saya minta jangan kaitkan dengan jawatan kerana beliau tidak membuat kenyataan bagi pihak Ilmu dan Majlis Ulama Muda Umno baru ditubuhkan beberapa minggu lalu, strukturnya belum dirancang lagi," katanya.

2/05/14

Gang "Antifa"... Pergelutan tercetus, jurufoto diserang

Pergaduhan berlaku antara sekumpulan anak muda dan petugas media selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2014. 

Sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam, yang menggelar diri mereka sebagai "Antifa", telah menendang jurugambar Xin Hua ketika mahu mengambil gambar mereka.

Mereka telah berarak di Jalan Raja selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa perhimpunan anti-GST telah berakhir.

Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.

Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.

Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) dan kumpulan lain, yang menggelar diri mereka sebagai "Geng Kotak".

Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.

menurut laporan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka.

 
Sementara itu Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.

Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.

"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.

"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya. TMI & MK

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud