ARTIKEL SEBELUM

18/04/16

Seorang lagi peluk Islam depan Dr Zakir NaIk

Selepas mendalami agama Islam selama tiga tahun, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Eletronik Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Ia turut disaksikan oleh kira-kira 20,000 orang hadirin yang berada dalam forum bertajuk 'Islam- Problem and Solution to Humanity' yang disampaikan Dr Zakir di universiti berkenaan.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah syahadah itu selepas menerima penerangan berhubung persoalannya mengenai Islam daripada Dr Zakir.

Malah, ketika ditemui pemberita, Senkiran yang sebelum ini menganut agama Hindu memberitahu bahawa tindakannya untuk menukar agama itu dilakukan dengan rela hati tanpa dipaksa mana-mana pihak.

"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu, namun selepas menunggu selama 24 tahun, saya akhirnya menerima hidayah untuk memeluk Islam," katanya.

Selepas mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran kemudian menitiskan air mata. Beliau juga selepas itu menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.


Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Jumaat lalu, di Terengganu, seorang remaja yang dikenali sebagai Woo Nina Grace, 19 memeluk agama Islam di hadapan Dr Zakir.

Selepas itu, seramai empat lagi individu yang memeluk Islam semasa syarahan Dr Zakir di Stadium Hoki Bukit Jalil Sabtu lalu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud