ARTIKEL SEBELUM

26/03/16

Editor S'wak Report tersenarai '50 pemimpin ternama dunia' Fortune



Majalah Fortune New York telah menamakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai salah seorang daripada '50 Pemimpin Ternama Dunia' atas peranannya dalam pendedahan skandal 1MDB.


Menurut NGO Manser Fund Bruno (BMF), Clair adalah antara yang dinamakan dalam senarai terkini Fortune yang diterbitkan minggu ini.

Senarai itu termasuk mereka dalam pelbagai bidang yang, menurut majalah tersebut, "sedang mengubah dunia dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama".

BMF dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan penghormatan satu "langkah yang mengejutkan".

"Melalui laman webnya Sarawak Report, wartawan Clare yang berpangkalan di London, telah menjadi perengsa (irritant) dalam koridor kuasa di Malaysia," BMF memetik Fortune sebagai berkata dalam senarainya.

Wanita lain yang berkongsi penghormatan bersama Clair dalam senarai Fortune itu ialah Canselor Jerma, Angela Merkel dan pemimpin parti NPD Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang masing-masing di kedudukan No 2 dan No 3.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud