ARTIKEL SEBELUM

2/02/16

Seramai 13 daripada 15 ADUN pembangkang di Kedah dilaporkan sedang menghadap Jemaah Pemangku Sultan

Seramai 13 daripada 15 ADUN pembangkang di Kedah dilaporkan sedang menghadap

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Alor Setar bagi menentukan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Perjumpaan di Wisma Darul Aman, di Alor Setar itu diadakan sejak jam 3 petang tadi.

Semalam, tiada keputusan dicapai dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah meminta supaya pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang.

Pembangkang di Kedah mempunyai 15 kerusi - lapan milik PAS, satu milik AMANAH, dua DAP dan PKR mempunyai empat.

Ketua Pembangkang dan ADUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah memberitahu Malaysiakini bahawa beliau berada di Kuala Lumpur sehingga 8 Februari.

Manakala ADUN Bukit Selambau Dr R Krishnamoorthy pula berada di luar negara.

ADUN Alor Mengkudu dari parti PAS, Ahmad Yahya berkata 15 wakil pembangkang datang dengan kata sepakat bahawa mereka menyokong Mukhriz.

"Kami tak boleh setuju cara Umno mahu menyingkirkannya. Oleh itu, kami sepakat bahawa kami tidak mahu perubahan.

"Ini adalah kehendak rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas meninggalkan bangunan itu pada kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, beliau disoal sama ada dirinya menyokong usaha Umno Kedah untuk menumbangkan Mukhriz.

"Kita beri pendapat sendiri. Kita tidak boleh dedahkannya," katanya kepada pemberita yang menyerbu keretanya sebaik sahaja beliau meninggalkan bangunan itu pada 3.50 petang.

"Setiap orang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah selama kira-kira lima minit dan kami diminta menyatakan pendapat peribadi masing-masing," kata pemimpin AMANAH itu.

Semalam, semua 21 ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menzahirkan pendirian mereka mengenai krisis politik itu.

Krisis politik tercetus berikutan wakil rakyat dan pimpinan kanan Umno negeri, yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Kedah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz.

Dilaporkan seramai 19 daripada 21 ADUN BN, iaitu 17 daripada Umno dan dua dari MCA, menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Mukhriz.

Hanya ADUN Jitra Datuk Aminuddin Omar yang dikatakan tidak berbuat demikian.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan pertukaran menteri besar.

Najib pada sidang media pada hari sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dilaporkan berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan.-mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud