ARTIKEL SEBELUM

20/02/16

Muhyiddin persoal keengganan 1MDB saman WSJ

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan keengganan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap syarikat terbabit.

Ketika berucap dalam majlis penyerahan sijil program tuisyen percuma di Taman Intan Duyung petang tadi beliau berkata, syarikat tersebut sepatutnya mengambil tindakan menyaman WSJ dan Pengarang Kewangannya, Ken Brown jika benar apa yang dilaporkan itu tidak betul.

“Apahal takut? Ambil tindakan dan saman. Bukan sebab suka-suka nak dia ambil tindakan, kita nak tahu apakah cerita ini betul.

“Selagi tiada tindakan, yang akan bermasalah ialah parti dan kerajaan kerana orang hilang kepercayaan..betul tak?" tanya Muhyiddin.

Malah, dengan nada sinis Muhyiddin berkata WSJ kini sedang menunggu tindakan saman terhadap mereka.

“Dulu dah kata nak saman, tak saman. Bila keluar berita tak betul tak saman. Orang sana dok menunggu. Dia kata bila kamu nak saman,” katanya.

1MDB sebelum ini pernah menyatakan mahu menyaman WSJ, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia baru-baru ini mendakwa bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya didakwa datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.- 


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud