ARTIKEL SEBELUM

19/02/16

Hormati PAS, HARAPAN tak tanding di semua 82 kerusi di S'wak



Pakatan Harapan hari ini berikrar akan mencari jalan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru sesama parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan.

Sehubungan itu, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mesyuarat yang dihadiri oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bersetuju untuk tidak bertanding di semua 82 kerusi negeri.

Tindakan itu bagi memberi laluan kepada PAS untuk bertanding sama tetapi menurut Saifuddin, perbincangan antara PAS dan Pakatan Harapan masih berlangsung dan mereka masih belum dapat memutuskan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh setiap parti.

“Keputusan kita hari ini kita hormat PAS nak bertanding dan PAS juga pernah bertanding (di Sarawak).

“Ada kawan-kawan di Sarawak yang sedang berhubung dengan PAS di sana,” katanya kepada pemberita selepas msyuarat di sebuah hotel di Shah Alam, petang tadi.

Katanya sehingga kini pertindihan kerusi dalam Pakatan Harapan masih berlaku bagaimanapun ia akan diselesaikan sebelum pilihan raya berlangsung.

Satu lawan satu

Saifuddin turut menegaskan pihaknya mahu pertandingan lawan satu di Sarawak tanpa memberi peluang kepada BN untuk menang tanpa bertanding.

“Prinsip yang dipegang untuk elak parti bertanding sesama sendiri. Satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan BN.

“Dan kita hanya boleh lawan satu lawan satu kalau dapat elak perlawanan sesama parti dalam Pakatan Harapan. Di peringkat Sarawak kita akan terus berhubung antara satu sama lain secepatnya,” katanya.

Beliau juga memberitahu masalah agihan akan diselesaikan selewat-lewatnya akhir Mac ini.

“Kita sedang cuba selesaikan secepat mungkin… Kita tidak tahu bila hari pengundian. Kita harap kita boleh selesaikan sebelum akhir bulan Mac,” katanya.

Sebelum ini PAS mengumumkan akan bertanding di 11 kawasan DUN dan juga meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak.

Manakala AMANAH pula mahu meletakkan calon bukan Islam dari kalangan anggota penuh parti itu dan bukan penyokong semata-mata bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud