ARTIKEL SEBELUM

11/01/16

Pas tak akan serah kerusi

KUALA SELANGOR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pas tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi yang ditandingi calon mereka kepada parti lain.

Menurutnya, Pas tidak akan berkompromi kerana ia melibatkan soal maruah parti.

“Hari ini mereka minta Pas bekerjasama dengan gabungan baru (Pakatan Harapan) dengan kata lain, mereka mahu kerusi Pas. Ia tidak akan berlaku. Kita tidak akan serah satu pun kerusi kita.

“Pas bersedia lawan satu dengan satu dengan Umno/BN selagi kerusi kita tak diganggu. Pas juga sedia gempur kubu lain,” katanya di majlis penutup Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, hari ini.

Tuan Ibrahim menjelaskan, sebelum ini parti itu sering menyerahkan kerusi yang ditandingi calon Pas kepada parti rakan atas dasar tahaluf siyasi.

“Sebelum ini Pas berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).

“Kita berlapang dada dengan kerjasama itu sebab itu kerjasama politik pada PRU lalu dan sama juga bila kita bekerjasama dengan parti Semangat 46 dulu.

“Bahkan di masa kerjasama dengan Parti Negara, Pas serahkan kerusi kepada Parti Negara dan apabila bergabung dengan PKR (melalui Pakatan Rakyat), Pas serahkan jentera (kerana) tahaluf,” kata Tuan Ibrahim.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud