ARTIKEL SEBELUM

20/01/16

'Kotak kosong' atas dahan bikin gempar

  


Unit Pemusnah Bom dikejarkan ke sebuah kondominium di Jalan Kuching, Kuala Lumpur hari ini ekoran penemuan satu bungkusan beg plastik mencurigakan.

Dikhuatiri berisi bom, Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy bagaimanapun berkata, selepas disiasat objek berkenaan didapati cuma "beg sampah".

Insiden itu berlaku ketika orang ramai bimbang terhadap tahap keselamatan di Kuala Lumpur ekoran kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa ada beberapa lokasi panas berpotensi menjadi sasaran pengganas.

Polis Diraja Malaysia bagaimanapun menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai mana-mana tempat yang dianggap tumpuan pengganas.

Dalam kejadian hari ini polis pergi ke Kondominium kira-kira jam 5 petang selepas satu kotak berbalut plastik hitam dibiarkan di atas ranting pokok, manakala di bawahnya ada silinder gas.

Bagaimanapun selepas diperiksa kotak itu didapati kosong.

Hujung minggu lalu unit pemusnah bom turut dipanggil ke Pavillion di Bukit Bintang - satu daripada lokasi dinyatakan Tengku Adnan - ekoran penemuan beberapa beg pakaian ditinggalkan pelancong Korea Selatan di bawah bangku kompleks beli-belah berkenaan.

Kenyataan Tengku Adnan dibuat beberapa hari selepas pengganas melancarkan serangan maut di Jakarta, Indonesia.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud