ARTIKEL SEBELUM

22/12/15

Ali Tinju ditahan


KUALA LUMPUR - Polis hari ini menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali. Baharom di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad yang mengesahkan penahanan itu berkata, Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju ditangkap di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 7 malam.

"Presiden PVTM itu ditahan di lokap IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataan yang dikeluarkan di Kompleks Kota Raya pada Jumaat lalu," ujarnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, telefon pintar jenis iPhone milik Ali Tinju turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut mengenai kes tersebut.




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud