ARTIKEL SEBELUM

26/10/15

Temui anak dengan kesan kelar di leher


Temui anak dengan kesan kelar di leher

BAYAN LEPAS - Seorang remaja perempuan ditemui mati dengan kesan kelar di bahagian leher dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Teluk Kumbar di sini, malam semalam.

Mayat Intan Suraya Mawardi,17 ditemui oleh bapanya dalam keadaan berlumuran darah di atas katil di dalam biliknya kira-kira jam 7.30 malam.

Difahamkan, bapa mangsa yang baharu pulang ke rumah beberapa kali memanggil nama anak perempuannya itu namun tidak disahut.

Dia yang berasa curiga dengan keadaan itu terus ke bilik mangsa dan mendapati anaknya itu sedang baring dibaluti selimut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, bapa mangsa bertindak menyelak selimut anaknya dan terkejut apabila mendapati dia sudah tidak bergerak lagi.

"Bapa mangsa juga melihat terdapat kesan kelar di bahagian leher dan ada kesan darah pada anaknya itu.

"Cemas dengan keadaan itu, bapa mangsa terus menghubung ambulans dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kumpulan perubatan mengesahkan anaknya telah meninggal dunia" katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Salawati berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan pergelutan yang berlaku di dalam bilik mangsa.

Menurutnya, susulan daripada kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di kawasan Teluk Kumbar di sini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis turut menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa di kawasan Bayan Lepas selain telefon bimbit mangsa pada lelaki yang ditahan.

"Kita masih lagi menyiasat motif kejadian dan kes akan disiasat mmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat" katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud