ARTIKEL SEBELUM

11/10/15

Jangan terlalu taksub, kait dengan unsur ghaib

KOTA BHARU - Masyarakat khususnya beragama Islam dinasihatkan tidak terlalu taksub mengaitkan misteri kehilangan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi sejak 23 Ogos lalu dengan alam ghaib.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, persepsi itu perlu dihentikan kerana tidak mempunyai bukti kukuh.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kewujudan alam luar biasa, selain alam nyata.

“Memang ada alam selain alam nyata, malah dalam Islam sendiri menyatakan adanya jin dan makhluk halus, akan tetapi tidak boleh memuja mereka dalam masa yang sama, tidak boleh menyangkal kehadiran mereka.

Jangan terlalu taksub, kait dengan unsur ghaib

“Tetapi kini tiada bukti sahih, sebab itu sebarang spekulasi berkaitan perlu dihentikan. Sehingga tiada pengesahan sewajarnya anggap sahaja kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli itu bukan luar biasa,” katanya .


Beliau berkata demikian mengulas kehilangan misteri tujuh kanak-kanak terbabit yang dikaitkan dengan alam ghaib.

Mohamad Shukri berkata, orang ramai juga jangan terlalu obses dengan persepsi mengenai kejadian tersebut dan perlu menunggu sehingga dua murid yang ditemui selamat itu mampu memberi penjelasan yang lebih tepat dalam keadaan lebih sihat.

“Dua kanak-kanak tersebut mampu lagi bertahan walaupun lebih sebulan hilang kerana makan tumbuh-tumbuhan dan (minum) air sungai, ia bukti fizikal mereka masih di alam nyata.

“Jika benar kehilangan mereka disebabkan alam ghaib,

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud