ARTIKEL SEBELUM

1/09/15

Suhaizan umum lepas jawatan dalam Pas

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat hari ini mengumumkan meletakkan jawatan dalam Pas.

Menurutnya, peletakan jawatannya itu dibuat susulan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).

Turut bersama mengumumkan peletakan jawatan dalam Pas termasuk Ketua Muslimat Pas Pulai, Fatimah Mohd Ali.

“Kami telah dan akan menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah Negara yang telah diumumkan Pengerusinya, Mohammad Sabu, semalam.

“Kami berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Pas Pulai selama ini. Perbezaan pendekatan untuk meletakan agama, bangsa dan negara ditempatnya tidak boleh memisahkan ikatan persaudaraan yang telah lama terbina. Marilah sama-sama kita uruskan perbezaan ini dengan hikmah bijaksana,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.



Mohamad Sabu pada semalam mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik Harapan Baharu (HB).

Bekas Timbalan Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula sebuah parti politik sedia ada iaitu Parti Pekerja-pekerja Malaysia sebagai Amanah, dan butirannya akan diserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.Menurut Suhaizan lagi, tumpuan Amanah selepas ini adalah untuk terus memperkukuhkan parti dengan memberi fokus terhadap isu-isu rakyat khususnya di Pulai.

“Pelbagai langkah akan diambil bagi menghadapi PRU14 bersama dengan PR 2.0 yang akan dibentuk selepas ini. Program-program penerangan dan kebajikan rakyat akan dilaksanakan. Kami berharap rakyat dapat bersama kami membina harapan baharu dalam negara,” katanya lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud