ARTIKEL SEBELUM

28/09/15

Polis siasat bekas setpol Dr Mahathir kerana Khairuddin, 1MDB

Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang berkata beliau diminta hadir bagi memberi keterangan sebagai "saksi" untuk siasatan kes di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan, Jumaat ini.

Dalam kenyataannya, Matthias berkata beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi memberi keterangan kepada ASP Che daripada Unit Jenayah Komersil.

"Matthias Chang dan peguamnya Zainur Zakaria diminta hadir ke satu lagi perjumpaan pada Jumaat, 2 Oktober 2015, jam 10 pagi bagi memberi keterangan kepada Unit Jenayah Komersil, seperti diminta ASP Che sebagai 'saksi' di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan," kata Chang dalam kenyataannya hari ini.



Terdahulu pagi ini, Matthias baru sahaja dirakam keterangannya selama kira-kira 1 jam di IPD Dang Wangi, kata peguam Ahmad Bazlan Che Kassim.

Bazlan berkata, Chang yang sebelum ini mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara dirakam keterangannya berhubung siasatan polis terhadap bekas pemimpin Umno yang kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Katanya, Chang dikehendaki hadir semula ke IPD Dang Wangi pada Jumaat, 10 pagi.

"Keterangannya dirakam selaku saksi berhubung dakwaan terhadap Khairuddin," kata Bazlan yang mewakili Khairuddin kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Chang dalam kenyataannya berkata, pagi ini beliau diminta mengesahkan sama ada pernah mengiringi Khairuddin ke London, Perancis dan Switzerland.

18 September lalu, Jabatan Imigresen menghalang Khairuddin yang mahu ke New York dan London daripada meninggalkan tanah air.

Khairuddin melakukan beberapa siri laporan polis terhadap 1MDB di luar negara bermula Julai tahun ini selepas laporan pertamanya terhadap syarikat itu di dalam negara pada Disember 2014.

Beliau sehingga kini sudah membuat laporan polis di Perancis, Hong Kong, London dan Switzerland.

Beliau menggesa pihak berkuasa Swiss menyiasat aktiviti 1MDB melibatkan bank di negara itu.

Kerajaan Malaysia dalam respons mereka mendakwa Khairuddin mengemukakan laporan palsu dan beliau mempunyai agenda sama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir iaitu mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Najib pada masa sama berdepan asakan orang ramai serta Dr Mahathir yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengunci mulut berkenaan "derma" RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

://www.themalaysianinsider.com/

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud