ARTIKEL SEBELUM

7/08/15

Pengasas Sarawak Report dilindungi polis Britain

Clare Rewcastle Brown LONDON - BRITAIN. Pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown diberikan perlindungan oleh polis Britain selepas Brown mendakwa telah diintip dan diekori seseorang.

Menurut laporan The Independant, Brown dijadikan subjek pengintipan selepas mendakwa diekori dan gambarnya diambil ketika berada di Hyde Park di London.

"Saya terpaksa membuat laporan polis kerana diperhatikan dan diekori," katanya dalam satu temu ramah.

Bulan lepas, beliau mendakwa telah diambil gambar ketika menikmati teh di Magazine Restaurant di Sackler Gallery, Hyde Park.

Sebelum ini, Brown mendedahkan laporan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud