ARTIKEL SEBELUM

30/08/15

Dr M, isteri sekali lagi turun Bersih 4.0

Dr M, isteri turun Bersih 4.0 sekali lagi



Stesen Komuter KL - Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Dr Siti Hasmah Ali telah tiba, dijangka sedang menuju ke arah kumpulan ribuan penyokong BERSIH 4 di Jalan Tun Perak.


Dr Mahathir, yang diiringi bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, kelihatan disambut beberapa penyokong BERSIH di stesen ini.





KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sekali lagi akan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di Dataran Merdeka sebentar lagi.

Difahamkan beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menaiki KTM Komuter dari satu lokasi yang tidak dapat dipastikan sebelum turun di Pasar Seni.

Sekarang ini, beliau dalam perjalanan ke Dataran Merdeka menerusi Jalan Tun Perak.

Menurut tweet di laman sosial, beliau ada memberikan ucapan di Pasar Seni sebentar tadi.

Semalam, selepas satu program di Johor, beliau bersama isterinya telah singgah di Daratan Merdeka bagi meninjau suasana Bersih 4.0.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud