ARTIKEL SEBELUM

13/07/15

Kekasaran perusuh dekat Low Yat, beberapa cedera

Beberapa wartawan dan seorang pekerja bar dilapor cedera selepas satu perhimpunan berhampiran Plaza Low Yat di ibu negara bertukar menjadi kekasaran.

Sehingga jam 1.00 pagi ini, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dan kumpulan perusuh bergerak ke arah yang berbeza.

Kumpulan itu - yang mendakwa bahawa mereka mewakili NGO Melayu - mula berhimpun di depan Plaza Low Yat petang semalam sebagai tindak balas kepada pergaduhan kelmarin di pusat membeli-belah popular dengan barangan elektronik itu.

Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh belia menyerang pekerja pusat perniagaan itu.

Manakala pekerja pusat membeli-belah lain dilapor membalas dengan memukul kumpulan belia itu.

Video insiden itu tersebar dengan begitu cepat sekali di internet, tetapi perbahasan mengenainya bertukar menjadi buruk dan mengikut garis perkauman.

Hal ini walaupun pada hakikatnya polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai rusuhan yang berpunca daripada kes dakwaan kecurian.

Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah itu kira-kira jam  7 malam pada Ahad atas alasan bahawa mereka menuntut keadilan bagi tujuh individu terbabit.

sumber malaysiakini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud