ARTIKEL SEBELUM

5/05/15

BN menang majoriti kurang


Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh hampir 38,000 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima kira-kira 14,000 undi.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Mengikut undian, BN memperoleh 22,679 undi, PAS 14,445 undi dan majoriti ialah 8,234 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi oleh Bernama, sehingga jam 7.20 malam ini, BN memperoleh 15,144 undi berbanding 9,313 undi untuk PAS.

Majoriti sebanyak 5,831 undi.

Calon PAS, Nazri Ahmad memang berdepan laluan sukar dalam pilihan raya kecil ini.

Selain dikenali sebagai kubu kuat BN, Rompin juga menyaksikan BN menurunkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Datuk Hasan Arifin.

Dalam pilihan raya umum lalu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis memenangi kerusi itu dengan majoriti 15,114 undi.

Sementara itu Bernama melaporkan, sehingga 7.30 malam, BN mendahului di 11 pusat mengundi berbanding dua untuk PAS.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud