ARTIKEL SEBELUM

13/03/15

Petisyen pro BN guna 60,000 tandatangan dengan email “palsu”

  WHITE HOUSE

KUALA LUMPUR, – Apabila petisyen pro-Anwar Ibrahim kepada White House digantung seketika, para penyokong Umno-BN telah melonjak gembira, menyangkakan usaha murni rakyat Malaysia itu telah ditolak oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

Malah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia tanpa banyak tanya terus meletakkan berita kononnya petisyen pro-Anwar telah ditolak oleh Amerika di muka hadapan.

haih


Sebaliknya didedahkan bahawa kesilapan teknikal yang berlaku tidak menjejaskan sokongan lebih 100,000 rakyat Malaysia kepada petisyen Anwar.


Malah mengejutkan lagi, satu lagi perkongsian Facebook Kedutaan Amerika Syarikat hari ini mendedahkan bahawa penipuan melibatkan petisyen anti-Anwar melibatkan lebih 60,000 tandatangan ‘palsu’ menggunakan email pakai buang.

Ini lanjutan daripada penjelasan Kedutaan Amerika semalam berkenaan petisyen pro-Anwar yang turut digantung seketika oleh laman web White House bagi menjalankan pemeriksaan penipuan tandatangan.

Petisyen pro-Anwar kemudiannya kembali beroperasi dan berjaya melintas had 100,000 tandatangan bagi menuntut Amerika Syarikat mengambil serius isu tahanan politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dasar hubungannya dengan Malaysia.

Petisyen anti-Anwar bertajuk ‘Respecting the Sovereign Nation of Malaysia’ tersebut mengandungi 60,789 tandatangan palsu yang menggunakan akaun email pakai buang dari slipry.net.

Kesemuanya dibuang oleh pihak White House, dan petisyen yang membantah apa yang disifatkannya sebagai campur tangan Amerika tersebut kini masih hanya mempunyai sekitar 12 ribu tandatangan sahaja sejak kembali beroperasi semalam. – Roketkini.comhttp://www.roketkini.com/2015/03/12/petisyen-pro-bn-guna-60000-tandatangan-dengan-email-palsu/

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud