ARTIKEL SEBELUM

1/03/15

Niat gulingkan presiden sejak 1998 lagi

KOTA BHARU - Gerakan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh kumpulan tertentu dikatakan sudah bermula sejak 1998 lagi dan ia dianggap serius dengan niat untuk mensabotaj.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, beliau difahamkan pada tahun tersebut Pas begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan luar.

“Kumpulan ini membentuk pasukan di dalam Pas, sedangkan budaya berkumpulan ini tiada dalam Pas.

“Ia muncul selepas itu dan sekarang ini semakin membarah,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmiah Pas: Semalam, Hari Ini dan Esok di Dewan Purnama Pejabat Pas Pengkalan Chepa, di sini, malam semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim pada 8 Februari lalu yang mendedahkan terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.

Norzazilafadli juga mengemukakan akaun berkanun yang mendakwa terdapatnya gerakan dalaman bagi menjatuhkan Presiden Pas yang terdiri daripada kalangan pemimpin Pas Pusat serta kumpulannya yang berada dalam sebuah kumpulan menggunakan aplikasi WhatApps
sebagai medium komunikasi.

Wacana dikendalikan moderator, NorAzariza Mohd Alawi turut mengundang dua lagi panel iaitu AJK Pas Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor dan Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.-  SumberSH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud