ARTIKEL SEBELUM

26/01/15

Saiful reda apa jua keputusan mahkamah

SHAH ALAM - Pengadu kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim reda dengan apa jua keputusan kes itu yang akan diumumkan 10 Februari depan.

Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi laman mikro Twitternya berkata, beliau yakin dengan sistem perundangan di negara ini dan selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.

"Hampir tujuh tahun kes. Akan terus doa, sabar dan istiqamah," tulisnya.

Badan Kehakiman Malaysia menerusi laman mikro Twitter rasminya memaklumkan perkara tersebut hari ini.

Anwar dalam reaksinya berkata, beliau yakin akan dibebaskan berdasarkan penghujahan pasukan guaman, disokong perincian fakta dan undang-undang kukuh yang dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Pada 7 Mac tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mendapati Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah.







Anwar: Apa nak jadi, jadilah


“Que sera sera. (Apa hendak jadi, jadilah).”

Begitulah reaksi segera Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas berhubung keputusan kes liwat keduanya yang akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Beliua menulis di Twitter berhubung perkara itu sambil mentweet semula laporan berkaitan perkembangan itu oleh sebuah portal berita.

Ungkapan itu asalnya daripada bahasa Sepanyol yang menjadi popular selepas digunakan sebagai lirik lagu pada 1956 oleh penyanyi Amerika Syarikat Doris Day.

Anwar juga mengaminkan gesaan pemimpin PKR Dr Badul Amin Baharom di Twitter supaya orang ramai berdoa dan turun memberikan sokongan kepada ketua pembangkang itu ketika keputusan disampaikan bulan depan.

Mahkamah Persekutuan mengumumkan tarikh keputusan itu akan disampaikan melalui Twitter kehakiman Malaysia.




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud