ARTIKEL SEBELUM

30/01/15

'Dakwaan Hadi gambar perkauman sempit'


Seorang pemimpin PAS kawasan menyanggah dakwaan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan kacau bilau.



Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata isu berkenaan juga menggambarkan sentimen perkauman sempit dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?” kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh ulama besar PAS itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini.

“Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

“Kalau kita pergi ke kampung-kampung dan kawasan orang ramai, saya rasa tak ada lagi rasa perkauman sempit itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ishak merupakan NGO BERTINDAK, yang berkempen untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.- Mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud