ARTIKEL SEBELUM

9/12/14

Nurul Izzah, suami setuju dapatkan hak penjagaan bersama anak

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bersetuju secara dasar untuk mendapatkan hak penjagaan bersama terhadap dua anak mereka, yang berusia tujuh dan empat tahun, lapor Mstar Online hari ini.

Menurut portal itu, terma-terma lain akan dibincangkan kemudian, dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

Portal itu melaporkan Muhammad Fateh juga menetapkan 15 Januari ini untuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perceraian mereka melalui Hakam (penimbang tara) sementara menunggu kajian semula laporan jawatankuasa perdamaian yang difailkan oleh peguam Raja Ahmad, Azmi Mohd Rais.



Menurut Mstar, kajian ini difailkan mengikut Seksyen 51 Akta 1993 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Satu tarikh untuk mengkaji semula laporan jawatankuasa perdamaian akan diketahui dalam tempoh dua hari.

"Anak guam saya mengambil keputusan untuk memfailkan semakan laporan jawatankuasa perdamaian kerana beliau merasakan kandungannya tidak adil kepada beliau," kata Azmi kepada seperti dilaporkan Mstar selepas berakhirnya prosiding hari ini.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad juga hadir dalam prosiding hari ini.

Selain pasangan tersebut, turut hadir ialah Hakam untuk Nurul Izzah, Mohd Khairul Ahmad Hakam Raja Ahmad tidak hadir.

Pada Oktober, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 8 Disember ini untuk pelantikan Hakam bagi memuktamadkan perceraian Nurul Izzah, selepas suaminya enggan mengucapkan talak (kenyataan perceraian), mengatakan bahawa beliau masih mencintai isteri dan kedua-dua anaknya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR itu membuat permohonan untuk hak penjagaan dua anak mereka pada 30 April tahun ini, empat bulan selepas beliau memfailkan permohonan untuk menceraikan Raja Ahmad, yang dikahwininya pada tahun 2003.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud