ARTIKEL SEBELUM

8/12/14

Ini luahan Khairy Jamaludin yang KECEWA...kenapa?





 


Apa yang lebih mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.

Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang saya terima dan apa yang saya sendiri nampak, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir fans Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.

Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.

Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?

Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi. Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar.

These violent fans do not represent Malaysia. My sincere apologies on behalf of Malaysia for the actions of these small number of irresponsible thugs.We hope for a great second leg in Hanoi, competitive on the field and friendly in the stands.

komen aku..


Tahniah vietkong kerana  level permaianan yang lebih tinggi, Memang patut menang.
Harimau Malaya game semalam kelaut, memang tak menjadi dan patut kalah ...

Tetapi di hanoi nanti  misi mencari 2 gol bukan mustahil.

Sikap segelintir fanatik bola Msia yang bangang dan kurang ajar amat memalukan negara dan bangsa.




 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud