ARTIKEL SEBELUM

15/04/14

Tukang cuci longkang pun kena rompak

KUANTAN - Tiga pencuci longkang warganegara Myanmar disamun dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan sebilah pisau berhampiran sebuah padang dekat Taman Zurina, di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Datuk Zakaria Ahmad berkata, kejadian jam 9.40 pagi itu berlaku semasa ketiga-tiga mangsa sedang membersihkan longkang berhampiran taman berkenaan.

Katanya dua suspek yang memakai topi keledar secara tiba-tiba menghampiri mereka, seorang daripadanya mengacukan sepucuk pistol manakala seorang lagi mengacukan pisau ke arah mangsa.

"Berlaku pergelutan di antara mangsa dan dua suspek terbabit dan suspek sempat merampas wang dari ketiga-tiga mangsa sebelum melarikan diri," .

Beliau berkata kesemua mangsa yang tidak cedera dan kerugian RM1,350 itu membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

"Berdasarkan siasatan awal, kita percaya pistol yang digunakan suspek itu adalah pistol tiruan," katanya. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud