ARTIKEL SEBELUM

3/10/13

PRK: Pas ada peluang cerah menang

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November depan.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan semua jentera Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon Pas untuk memenangi kawasan itu nanti.

"Saya akan pastikan semangat seluruh jentera PKR dan DAP membantu dan menyokong calon Pas untuk menang nanti.

"Insya-ALLAH dengan isu kenaikan harga barang, minyak dan laporan audit yang mendedahkan penyelewengan kementerian, kita yakin PR boleh pertahankan kerusi itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz pagi tadi yang menetapkan 4 November depan sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun Sungai Limau manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober ini berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan meninggal dunia pada 11.05 pagi Khamis lepas di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas hampir lima bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Azizan mengekalkan Dun Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN.

Ini merupakan PRK kedua selepas PRU13 dengan yang pertama PRK Dun Kuala Besut diadakan pada 24 Julai lepas. - SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud