ARTIKEL SEBELUM

17/09/13

Pak Lah tak muncul di pelancaran 'Awakening'

 Abdullah

SHAH ALAM - Seperti dijangka, buku 'Awakening, The Abdullah Badawi Years in Malaysia' telah dilancarkan tanpa kehadiran bekas perdana menteri itu.

Seorang penyunting buku tersebut, James U.H Chin berkata, pelancaran ini telah dimaklumkan kepada Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

"Buku ini bukan ditulis oleh beliau, kita telah wawancara beliau.

"Kita telah maklum pada beliau," katanya kepada pemberita yang ditemui selepas majlis pelancaran buku itu, malam tadi.

Ogos lalu, Pak Lah berkata beliau tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja olehnya.

"Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura-kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegasnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penyunting Bridget Welsh menyatakan buku tersebut adalah bertujuan untuk akademik seperti mana wawancara yang dilakukan dengan bekas Presiden Indonesia B.J Habibi.

"Kita melihat beliau daripada pelbagai perspektif, banyak perkara untuk dilihat, kita juga menulis untuk menonjolkan apa yang berlaku di Malaysia.

Selain itu, apabila ditanya adakah Pak Lah dijemput pada majlis pelancaran buku tersebut, beliau berkata :

"Semua orang dijemput," katanya.

Buku berkenaan yang sudah berada di pasaran menimbulkan kontroversi termasuk sindiran keras Pak Lah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam buku itu, Pak Lah mendedahkan, jika beliau mengikut cara Dr Mahathir mengurus Malaysia, negara akan bankrap.- Sinar harian

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud