ARTIKEL SEBELUM

8/09/13

'Kami tak perlu bantuan BN

SHAH ALAM - "Hasrat untuk melihat kabinet bayangan PR direalisasikan adalah terpulang kepada kepimpinan perikatan, kami tidak perlu pertolongan BN," demikian kata Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi.

Mengakui perkara itu dibangkitkan oleh dirinya, Nasruddin berkata, tidak perlu pihak BN mencampuri perkara itu terutamanya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau turut berkata, "itu cadangan saya, jadi terpulang kepada kepimpinan tertinggi PR untuk melihat kesesuaian masa, politik semasa.

"Saya hanya bagi cadangan dan lahirkan pandangan untuk membuktikan kita sudah bersedia menjadi kerajaan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu menggesa PR mengumumkan kabinet bayangan.

Beliau berkata, pergerakan Pemuda Umno sudah lama meminta atau mencabar pembangkang menubuhkan kabinet bayangan namun sehingga kini belum ada tindakan yang jelas ke arah itu daripada mereka.

Dalam hal ini, Khairy bersetuju dengan cadangan itu supaya pakatan pembangkang mengemukakan barisan kabinet bayangan.

"Inilah sebenarnya yang dicabar oleh BN begitu lama. Kalau mereka rasa bersedia untuk menjadi kerajaan namakan kabinet bayangan mereka.

"Kita cabar mereka, sebab desakan sekarang datang dari ahli Parlimen pihak mereka. Jadi, jangan berdolak dalih lagi, namakan kabinet bayangan dalam masa terdekat," kata Khairy.

Mengulas lanjut, Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, sejajar dengan harapannya untuk melihat perkara itu menjadi realiti dan sebagai persediaan menjadi kerajaan, Pas telah mengambil inisiatif memantau kementerian-kemerintaan dalam barisan kabinet BN.

"Saya beri cadangan untuk menyataan kesediaan PR yang bersungguh dan serius untuk menjadi kerajaan pada bila-bila masa dan kita juga melakukan fokus atau pemantauan terhadap kementerian-kementerian tertentu.

"Ini inisiatif parti masing-masing dan saya percaya parti lain juga ada melakukan perkara yang sama.

"Setiap parti telah ada tugas dalam pra-pembetukkan kabinet bayangan," jelasnya.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud