ARTIKEL SEBELUM

26/09/13

Al fatehah....Bekas MB Kedah meninggal dunia



Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius.

Allahyarham dilaporkan mengalami masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan, semalam.

Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik.

Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Untuk ziarah bolehlah pergi ke Kompleks PAS Kedah,Pokok sena dan solat jenazah di Masjid Kompleks PAS pokok sena(Langgar) pada waktu Asar dan dikebumikan jam 5.30 petang di Muassasah Darululum.Alfatihah.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud