ARTIKEL SEBELUM

29/08/13

'Bukti Syabas gagal'






Abdul Khalid Ibrahim 


SHAH ALAM - Kegagalan berulang yang berlaku terhadap Rumah Pam Wangsa Maju membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak kompeten.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bagi mengatasinya Kerajaan Persekutuan perlu mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi Syabas termasuk operasi rumah pam itu.

“Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang muna- sabah,” katanya dalam sidang
media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali berlaku kerana kegagalan operasi rumah pam itu.

Menurutnya, selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.

Beliau berkata, kejadian terbaru berlaku kelmarin yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.

“Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syabas namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.

“Bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya.- SH


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud