ARTIKEL SEBELUM

4/07/13

Wikileaks: Ada 17 rekod, tapi rekod Anwar tiada

 Lagi pendedahan WikiLeaks

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mempunyai 20 akaun luar negara.

Menurut Tze Tzin, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan berbaur fitnah.

"Semalam pihak PKR telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu.

"...hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar miliki 20 akaun," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam penyokong BN Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Mengulas lanjut Tze Tzin menegaskan ahli Parlimen itu perlu menjawab kepada rakyat Malaysia tentang perkara ini.

"Ahli Parlimen Renggam perlu menampilkan bukti yang jelas, jangan hanya melihat kepada sumber yang tidak mempunyai bukti konkrit," katanya di lobi Parlimen hari ini. -SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud