ARTIKEL SEBELUM

2/07/13

'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'

Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.

Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.- Mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud